Persembahan secara langsung Aku_Cinta_Padamu_(lagu_Siti_Nurhaliza)

Lagu ini dipersembahkan secara langsung oleh Siti menerusi konsert sulungnya, Konsert Live Siti Nurhaliza yang diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Negara, Bukit Jalil. Semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, Siti membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu dalam empat versi berbeza dengan setiap satunya dipadankan dengan kostum yang sesuai.

Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam segmen Lagu Cinta di konsert Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005. Pada 26-28 Jun 2009, bertempat di Istana Budaya, Siti menyampaikan lagu ini dalam persembahan ketiganya menerusi segmen medley kedua: lagu hit di Konsert SATU beliau.[3]

Aku Cinta Padamu dinyanyikan oleh Siti dalam segmen medley kedua di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 yang juga diadakan di Istana Budaya pada 7 April 2015.[4] Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam persembahan pertamanya menerusi segmen akustik dan unplugged di konsert Dato' Siti Nurhaliza and Friends di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016 sempena meraikan 21 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.[5]

Rujukan

WikiPedia: Aku_Cinta_Padamu_(lagu_Siti_Nurhaliza) http://www.1liriklagu.com/lirik-aku-cinta-padamu-s... http://www.budiey.com/konsert-siti-nurhaliza-frien... http://www.budiey.com/konsert-unplugged-dato-siti-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.nib.com.my/archives/text/view/2703856?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/4532842?p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... https://itunes.apple.com/my/album/aku-cinta-padamu... https://www.youtube.com/watch?v=yCFV7amT5S8&featur...